Monday, March 24, 2008

lawatan Mufti Palestine ke UIA


Pada 22 mac 2008 lalu, UIA telah didatangi oleh tetamu yang istimewa iaitu Mufti Hussein(Mufti Palestine) dan delegasinya. Saya dan kawan2 lain yang turut terlibat dengan sambutan kedatangan mereka itu sangat berbangga kerana dapat melihat secara langsung seorang pejuang agama yang sedang dalam usaha untuk mempertahankan maruah agamanya. Dari ucapannya, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara yang saya fikir sangat penting untuk seluruh muslim yang menyatakan kecintaan mereka kepada masjidil Aqsa untuk ambil tahu.
1. Masjidil Aqsa bukanlah sebuah bangunan masjid atau bangunan kubah As Sakhra yang selalu kita lihat di banyak gambar yang selalu mengelirukan kita. Malahan masjidil Aqsa merupakan satu kawasan, tanah atau kota suci yang berhektar-hektar luasnya. Kubah as-Sakhra’ dan kubah2 atau bangunan berbentuk masjid yang selalu kita lihat pula adalah di antara bangunan2 yang terletak di dalam tanah suci masjidil Aqsa.
2. Isu Palestine adalah isu umat Islam seluruh dunia. Bukan hanya isu bangsa arab Palestine. Ini adalah kerana beberapa faktor:
2.1 Ianya merupakan tanah para anbiya’.
2.2 Terdapatnya Masjidil Aqsa di dalamnya iaitu masjid yang kedua dicipta oleh

Allah s.w.t di muka bumi ini.
2.3 Menjadi qiblat pertama untuk orang Islam sebelum Masjidil Haram di

Mekah.
2.4 Masjidil Aqsa merupakan masjid ke-3 paling suci bagi orang Islam.
2.5 Di masjidil Aqsa berlaku kejadian Isra’.
2.6 Barangsiapa yang bersolat di Masjidil Aqsa akan mendapat 500 kali ganda

pahala.
2.7 Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang masyar selepas

kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
2.8 Orang yang tinggal di sana kerana Allah di ibaratkan seperti orang yang

berjihad di jalan Allah dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath” iaitu bumi

pertahanan jihad.
2.9 Ia merupakan tanah yang di berkati Allah.
2.10 Di Baitul Maqdis jugalah akan didirikan ibu negara umat Islam diakhir zaman,

dan kemajuannya akan membawa kepada tanda2 akhir zaman.

Ini saja yang dapat saya simpulkan. Yang pasti, saya sangat teruja dengan semangat seorang pejuang yang di tunjukkan oleh Mufti AlQuds ini. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh beliau dalam menyeru seluruh umat Islam untuk memperjuangkan Palestine itu yang mengkagumkan saya. Moga2, seluruh umat Islam lekas sedar dan bangkit. Sedarlah, saudara2 kita di Palestine sedang dihina, dicaci, dipukul, bahkan ada yang dirogol oleh zionist yang kejam. Lalu apakah tindakan kita? Fikir-fikirkan…

Sunday, March 2, 2008

siapa aku di hadapan Tuhanku

Subuhnya,

Di mana aku berada,

Masih enak dalam kelambu rindu,

Sambil berfoya-foya dengan waktu,

Masa bagaikan menderu,

Langkah tiada arah tuju,

Fikiran terus bercelaru,

Terlupa aku semakin di hujung waktu,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Zohornya,

Aku lebih memikirkan kelaparan,

Kehausan dan rehatku,

Aku lebih mementingkan,

Tuntutan jawatanku,

Aku bertolak ansur dengan waktu,

Aku gembira membilang keuntungan,

Aku terlupa betapa besar kerugian,

Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Asarnya,

Aku lupa warna masa,

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,

Aku masih dengan secawan kopiku,

Terlupa panas tidak di hujung kepala,

Aku masih bercerita,

Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Maghribnya,

Aku melihat warna malam,

Tetapi aku masih berlegar,

Di sebalik tabirnya,

Mencari sisa-sisa keseronokan,

Tidak terasa ruang masa yang singkat,

Jalan yang bertongkat-tongkat,

Ruginya bertingkat-tingkat,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Isyaknya,

Kerana masanya yang panjang,

Aku membiarkan penat,

Menghimpit dadaku,

Aku membiarkan kelesuan,

Menggangguku,

Aku rela terlena,

Sambil menarik selimut biru,

Bercumbu-cumbu dengan waktuku,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Kini,

Aku menjadi tertanya-tanya,

Sampai bila aku akan,

Melambatkan sujudku,

Apabila azan berkumandang lagi,

Aku tidak akan membiarkan,

Masjid menjadi sepi,

Kerana di hujung hidup ada mati,

Bagaimana jenazah,

Akan dibawa sembahyang di sini,

Jika ruangku dibiarkan kosong,

Jika wajahku menjadi asing,

Pada mentari dan juga,

Bintang-bintang,

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

pelajar sekolah agama


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..... Dengan lahirnya banyak sekolah2 agama di negara ini, betul ke banyak juga insan2@pelajar sains berteras ilmu agama dilahirkan? Semua ini akan menjadi persoalan setiap pihak yang sedar, tetapi bagi saya hakikat jawapannya ada pada pelajar sekolah agama itu sendiri iaitu sejauh mana mereka menyedari akan peranan mereka yang besar kepada masyarakat. Ini adalah kerana mereka2 ini telah terdidik dengan banyak ilmu agama yang telah menjadi kehidupan dan amalan harian mereka. Dengan kata lain, golongan pelajar ini telah diberi kesedaran dan pengetahuan tentang pentingnya ilmu agama di dalam kehidupan, berbanding dengan remaja2 diluar yang terlalu ramai dan yang tak pernah di dedahkan dengan kehidupan islamik seperti itu walaupun fitrah jiwa mereka sememangnya berkehendak yang sedemikian. Lalu, ape yang menjadi persoalan sekarang? Apa yang telah jadi pada mereka apabila mereka apabila mereka keluar dari peringkat sekolah menengah dan memasuki alam universiti? Pendek kata, hampir semua dari pelajar2 ini hilang arah. Mereka telah tersesat dan menyimpang dari landasan sebenar. Jika di sekolah, kopiah@tudung sentiasa melekat di kepala, al-Quran menjadi bacaan yang selalu basah di lidah, zikir ma'thurat menjadi amalan harian dan macam2 lagi. Tapi bila dah kenal dunia luar, semuanya ditinggalkan. Dari segi pakaian hingga ke akhlaknya, semuanya mengikut pengaruh luar. Kononnya mengikut trend semasa. Carutan dan maki hamun menjadi zikir, coupling tanpa rasa malu, pergaulan laki dan perempuan tanpa batasan, seluar pendek di pakai ke sana kemari dan yang lebih malang, yang jelas nyata haram hukumnya dihalalkan. Habis… Hilang semua identiti agama. Apa masalah pelajar2 ini sebenarnya? Sepatutnya mereka menjadi contoh kepada remaja2 lain yang perlukan bimbingan dan nasihat, berbakti kepada masyarakat dengan menyebarkan segala ilmu agama yang ada di dada, dan sentiasa menjadi ejen dakwah. Paling kurang mereka mesti memikirkan yang suatu hari mereka akan menjadi pemimpin kepada sebuah keluarga untuk membimbing zuriat dan keturunan mereka. Malangnya di mana pergi golongan pelajar ini semua? Dimana mereka di kala orang2 Islam di seluruh dunia mengharapkan bantuan mereka?Di mana tentera2 pemuda Islam? Terlalu sedih untuk di luahkan tetapi inilah hakikatnya.yang nyata pelajar2 ini telah hilang arah hidup mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan dipersoalkan tentang ilmu agama yang telah mereka pernah pelajari, begitu juga banyak wang rakyat yang mereka gunakan untuk belajar, semuanya akan dipersoalkan kelak. Tidakkah mereka ingat apa yang telah mereka belajar di dalam kelas sebelum ini?Oleh itu bangkitlah wahai pelajar2 yang berpendidikan agama sekelian, bangkitlah dari lenamu. Jangan sampai suatu masa yang bila kamu 'dibangkitkan', semuanya sudah terlambat. Jangan kau tunggu hingga saat itu.Bangkitlah sekarang!!!!!Di mana perginya tekad semangat pemuda Kahfi yang mempertahankan imannya dari raja yang zalim? Di mana perginya semangat juang tentera muslimeen perang Badar yang dapat mengalahkan tentera musuh yang jauh lebih besar bilangannya? Di mana tertanamnya kekentalan semangat Salahuddin Al-Ayyubi dan tenteranya untuk menakluk Jerusalasalem? Di mana? Di mana semua itu kamu buangkan? Terimalah hakikat wahai sahabat2 seagamaku, hakikatnya kita telah dipilih oleh Allah untuk meninggikan agamanya dan menyebarkan syiarnya.Berjuanglah dengan erti perjuangan yang sebenar tidak kira apa bidangmu, medic, pharmacy, sciences, engineering, account atau apa sahaja. Ingat pesanku, jika kau menjadi doktor maka bawalah pesakit2 mu mendekati TuhanMu, kalaukau menjadi engineer maka jadilah engineer yang sentiasa rapat dengan TuhanNya, pendek kata jadi lah apa sahaja yang boleh mendekatkan diri kita pada Tuhan Pencipta alam semesta. Diri ini yang berbicara tentunya bukan yang sempurna, dan untuk menegur diri ini dan lainnya jugalah perkara ini di suarakan….. Demi melahirkan remaja berwawasan yang berjaya dunia dan akhirat dan meneruskan rantai2 perjuangan Rasulullah, maka bersama-samalah kita bangkit dan bergerak walau selangkah!Bermulalah dari sekarang!