Monday, March 24, 2008

lawatan Mufti Palestine ke UIA


Pada 22 mac 2008 lalu, UIA telah didatangi oleh tetamu yang istimewa iaitu Mufti Hussein(Mufti Palestine) dan delegasinya. Saya dan kawan2 lain yang turut terlibat dengan sambutan kedatangan mereka itu sangat berbangga kerana dapat melihat secara langsung seorang pejuang agama yang sedang dalam usaha untuk mempertahankan maruah agamanya. Dari ucapannya, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara yang saya fikir sangat penting untuk seluruh muslim yang menyatakan kecintaan mereka kepada masjidil Aqsa untuk ambil tahu.
1. Masjidil Aqsa bukanlah sebuah bangunan masjid atau bangunan kubah As Sakhra yang selalu kita lihat di banyak gambar yang selalu mengelirukan kita. Malahan masjidil Aqsa merupakan satu kawasan, tanah atau kota suci yang berhektar-hektar luasnya. Kubah as-Sakhra’ dan kubah2 atau bangunan berbentuk masjid yang selalu kita lihat pula adalah di antara bangunan2 yang terletak di dalam tanah suci masjidil Aqsa.
2. Isu Palestine adalah isu umat Islam seluruh dunia. Bukan hanya isu bangsa arab Palestine. Ini adalah kerana beberapa faktor:
2.1 Ianya merupakan tanah para anbiya’.
2.2 Terdapatnya Masjidil Aqsa di dalamnya iaitu masjid yang kedua dicipta oleh

Allah s.w.t di muka bumi ini.
2.3 Menjadi qiblat pertama untuk orang Islam sebelum Masjidil Haram di

Mekah.
2.4 Masjidil Aqsa merupakan masjid ke-3 paling suci bagi orang Islam.
2.5 Di masjidil Aqsa berlaku kejadian Isra’.
2.6 Barangsiapa yang bersolat di Masjidil Aqsa akan mendapat 500 kali ganda

pahala.
2.7 Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang masyar selepas

kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
2.8 Orang yang tinggal di sana kerana Allah di ibaratkan seperti orang yang

berjihad di jalan Allah dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath” iaitu bumi

pertahanan jihad.
2.9 Ia merupakan tanah yang di berkati Allah.
2.10 Di Baitul Maqdis jugalah akan didirikan ibu negara umat Islam diakhir zaman,

dan kemajuannya akan membawa kepada tanda2 akhir zaman.

Ini saja yang dapat saya simpulkan. Yang pasti, saya sangat teruja dengan semangat seorang pejuang yang di tunjukkan oleh Mufti AlQuds ini. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh beliau dalam menyeru seluruh umat Islam untuk memperjuangkan Palestine itu yang mengkagumkan saya. Moga2, seluruh umat Islam lekas sedar dan bangkit. Sedarlah, saudara2 kita di Palestine sedang dihina, dicaci, dipukul, bahkan ada yang dirogol oleh zionist yang kejam. Lalu apakah tindakan kita? Fikir-fikirkan…

1 comment:

عبد الرحمن بن العزمي said...

mantop..satu laporan prgrm yang bagus...keep writing..berdakwahlah dalam ertikata yang luas...