Tuesday, April 15, 2008

jangan takut ambil risiko.....

baru2 ni masa kat sesen komuter putra, ondway nak balik dari book fair ngan kwn,,,,saya sempat berkenalan dengan seorang brother dalam lingkungan umur 3o tahun yang gayanya cukup matang pada mata saya...dia yang tegur sy dulu."nampak bagus orang ni"bisik hati sy..stelah berkenalan baru sya ngan kwn sy td tahu yang mamat ni seorang bekas graduan univ of yarmouk, jordan...dari kuliah of fiqh n hadits kalo tak silap saya..."wah!tepat tekaan aku"...banyak yn kami borakkan termasuk buku2 yang kami beli kat pesta buku tadi.sya sempat tengok kat tangan dia ada plastik berisi buku..boleh kata banyak jugala...ape yang menarik tentang mamat ni dan benda penting yg sy nak kongsikn kat sini ialah bila dia kata dia beli buku banyak2 tu bukan konfem baca pon...."alah,abang beli je buku ni,baca atau tak perkara no dua,nak lagi skang bila dah keje,,tapi kita tak tahu bila kita perlukan buku2 ni semua,,,,"aku igt lg cakap bro tu...lagi satu,kitorang cakap yang kitorang teringin sgt nak baca buku2 arab yang banyak d jual kat book fair td tp kitorang mmg takut untuk beli sebab kalo baca memang tak paham... bro 2 pon bg respon yang aku rasa sgt bermakna dalam hdp aku sebagai studen...dia kata"ha,,,tula sikap orang melayu....takut nak amek risiko.sampai bila kita nak berjaya kalo kita tak prnah nak cuba....paling kurang kita mesti beli dulu buku tu da baca dulu apa isi kandungan nya...paham atau tak citer lain"....saya dpt somthing dari kata2 dia tu....maknanya kalo kita nak kan sesuatu, kita mesti cuba dulu....mencuba tu adalah satu risiko yang kite kene ambil untuk kejayaan yang kita nak..........

Thursday, April 10, 2008

Saya suka melihat dan memerhati orang di sekeliling. Lantas saya bandingkan pula dengan diri ini. lalu saya nilai dalam2 di mana saya berada dikalangan mereka. Dalam artikel kali ini, saya timbulkan isu pembinaan sikap setiap individu yang lahir dari latar belakang keluarga yang berbeza. Apa yang saya perhatikan, latar belakang keluarga merupakan satu punca pembentukan sikap manusia yang berpengaruh besar untuk menentukan samada manusia itu akan menjadi baik atau jahat, lembut atau garang, islamik atau sebaliknya, dan mungkin juga pemilihan parti samada umno atau pas.

Mengapa saya katakan demikian? Ini adalah kerana keluarga merupakan faktor luaran yang dominant. Masa kan tidak. Kebanyakan masa pembesaran pertumbuhan mental akan berlaku di rumah iaitu bersama keluarga. Proses pembesaran dan pertumbuhan ini pula akan menjadi tafsiran kepada persekitaran keluarga yang ada. Maka dengan itu, lahirlah individu yang telah diadaptasi dengan suasana keluarga itu.

Untuk faham dengan lebih mendalam, saya bandingkan 2 suasana keluarga yang berbeza. Seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu. Keduanya merupakan pelajar ekolah agama. Ali merupakan anak ke-7 daripada 8 orang adik beradiknya. Ayahnya seorang engineer, di samping mempunyai kefahaman yang agak mendalam dalam ilmu agama kerana seringkali terdedah dengan pergerakan pelajar Islam semasa di universiti. Di sebabkan itu, ayah Ali sering mendedahkan keluarganya dengan sesuatu yang islamik seperti solat berjemaah bersama keluarga, selalu hadir ke ceramah2 agama dan sebagainya. Secara total, keluarga Ali mengamal dan ‘memakai’ Islam di dalam keluarganya. Oleh itu, Ali juga tidak akan merasa kekok untuk meghidupkan sunnah Rasulullah di dalam keluarganya, malahan itu sesuatu yang sangat disenangi oleh ahli keluarganya. Maka akan lahirlah individu muslim yang berjiwa Islam dan sangat tegas dalam membela dan meninggikan syariat Islam.

Abu pula di dalam suasana keluarga yang agak berlainan dari Ali. Ayahnya seorang pemandu orang kenamaan yang gilakan kuasa. Ayahnya juga tak pernah dididik dengan suasana Islam yang boleh menyebabkan dia ‘memakainya’. Lalu, keluarga Abu ini kurang perhatian dalam bab agamanya. Dengan kata lain, mereka tidak ‘memakai’ Islam dengan sebenar2nya. Dalam keadaan keluarga seperti itu, jangankan perkara2 sunat, soal yang wajib sekalipun jarang di ambil kira kerana kurangnya kesedaran dalam melakukan amal islami. Abu walaupun merupakan pelajar sekolah agama pasti akan merasa kekok apabila melakukan sesuatu yang sunat seperti memakai jubah, berpuasa sunat, walaupun hanya memegang tasbih kerana dirinya pasti di salah erti oleh ahli keluarganya. Maka bagaimanakah seorang pemuda seperti Ali dapat dihasilkan dalam suasana ini?

Lihatlah gaya hidup kedua-dua individu ini yang sangat jelas dan nyata berbeza. Walaupun sama2 dari pendidikan agama yang sama di sekolah, namun ciri kedua-duanya sangat berbeza.

Walauapapun, ini hanya pandangan dari satu aspek sahaja. Hakikatnya, pembentukan individu itu bermula dari dirinya sendiri. Saya percaya akan firman Allah: ”Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”(ArRa’d)...

Monday, April 7, 2008

"aku nak sangat tengok semua pemimpin Islam bersatu lalu buat satu pakatan yg sangat kukuh untuk memerintah dunia"bisik hati kecil seorang fakir.....(tapi macammana eh?)