Friday, May 16, 2008

bandingan 2 hidup...




Apa makna dunia sementara? nape pulak dunia dikatakan pinjaman? Dalam Quran ada kata dunia yang semua manusia hidup diatasnya adalah mainan semata-mata. Jadi kenapa Tuhan hidupkan manusia atas dunia mainan ni? Pelik bukan?????????untuk main2 jugak ker?
“Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan sesuatu dengan sia-sia”

Yang pasti, lepas ni manusia ada satu lagi kehidupan yang kekal abadi. Eternal. Jadi, mari kita bandingkan 2 kehidupan yg pasti dilalui oleh setiap manusia ini. Termasuk aku.

Pertama, umur manusia secara purata ialah 65 tahun……Kedua, manusia pasti mati. Lalu bermulalah kehidupan lain iaitu kehidupan barzakh. Ketiga, manusia akan hidup semula pada hari Qiamat iaitu pada hari kebangkitan semula manusia sesudah mati. Yang pasti kehidupan inilah hidup yang abadi…..kekal…selama-lamanya…
“Mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya”

Akhirnya kita letakkan nilai masa 2 kehidupan insan ini diatas satu neraca timbangan. Macam neraca BN tu….

Sekarang mari kita timbang,,yang mana lebih berat? Tempoh masa 65 tahun hidup kita di dunia ataupun tempoh masa hidup kita yang selama-lamanya di akhirat?

Kemudian kita ambil satu kayu ukur, iaitu masa 24 jam yang manusia lalui dalam sehari. Untuk nampak kita ni bersifat adil, kita bahagikan masa 24jam kita kepada dunia dan akhirat. Jadi, 12jam untuk dunia dan 12jam untuk akhirat.
Dengan pembahagian yang samarata ini, agak-agaknya layak ke kita masuk syurga yang Allah janjikan untuk orang mukmin?? Ternyata,kalau kita perhati betul-betul jauh sekali kita dari syurga-Nya. Yelah, cuba kita bayangkan walaupun kita dah bahagi masa yang sama rata untuk dunia dan akhirat, tapi masih lagi kita tak berlaku adil pada akhirat. Tu baru dari segi masa, belum hal2 yang lain lagi. Kalau gitu, betullah apa yang yang dalam Quran kata: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”………..
Wahai Tuhan,
Ku tak layak kesyurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup kenerakaMu,
Ampunkan dosaku terima lah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar….

No comments: