Thursday, April 10, 2008

Saya suka melihat dan memerhati orang di sekeliling. Lantas saya bandingkan pula dengan diri ini. lalu saya nilai dalam2 di mana saya berada dikalangan mereka. Dalam artikel kali ini, saya timbulkan isu pembinaan sikap setiap individu yang lahir dari latar belakang keluarga yang berbeza. Apa yang saya perhatikan, latar belakang keluarga merupakan satu punca pembentukan sikap manusia yang berpengaruh besar untuk menentukan samada manusia itu akan menjadi baik atau jahat, lembut atau garang, islamik atau sebaliknya, dan mungkin juga pemilihan parti samada umno atau pas.

Mengapa saya katakan demikian? Ini adalah kerana keluarga merupakan faktor luaran yang dominant. Masa kan tidak. Kebanyakan masa pembesaran pertumbuhan mental akan berlaku di rumah iaitu bersama keluarga. Proses pembesaran dan pertumbuhan ini pula akan menjadi tafsiran kepada persekitaran keluarga yang ada. Maka dengan itu, lahirlah individu yang telah diadaptasi dengan suasana keluarga itu.

Untuk faham dengan lebih mendalam, saya bandingkan 2 suasana keluarga yang berbeza. Seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu. Keduanya merupakan pelajar ekolah agama. Ali merupakan anak ke-7 daripada 8 orang adik beradiknya. Ayahnya seorang engineer, di samping mempunyai kefahaman yang agak mendalam dalam ilmu agama kerana seringkali terdedah dengan pergerakan pelajar Islam semasa di universiti. Di sebabkan itu, ayah Ali sering mendedahkan keluarganya dengan sesuatu yang islamik seperti solat berjemaah bersama keluarga, selalu hadir ke ceramah2 agama dan sebagainya. Secara total, keluarga Ali mengamal dan ‘memakai’ Islam di dalam keluarganya. Oleh itu, Ali juga tidak akan merasa kekok untuk meghidupkan sunnah Rasulullah di dalam keluarganya, malahan itu sesuatu yang sangat disenangi oleh ahli keluarganya. Maka akan lahirlah individu muslim yang berjiwa Islam dan sangat tegas dalam membela dan meninggikan syariat Islam.

Abu pula di dalam suasana keluarga yang agak berlainan dari Ali. Ayahnya seorang pemandu orang kenamaan yang gilakan kuasa. Ayahnya juga tak pernah dididik dengan suasana Islam yang boleh menyebabkan dia ‘memakainya’. Lalu, keluarga Abu ini kurang perhatian dalam bab agamanya. Dengan kata lain, mereka tidak ‘memakai’ Islam dengan sebenar2nya. Dalam keadaan keluarga seperti itu, jangankan perkara2 sunat, soal yang wajib sekalipun jarang di ambil kira kerana kurangnya kesedaran dalam melakukan amal islami. Abu walaupun merupakan pelajar sekolah agama pasti akan merasa kekok apabila melakukan sesuatu yang sunat seperti memakai jubah, berpuasa sunat, walaupun hanya memegang tasbih kerana dirinya pasti di salah erti oleh ahli keluarganya. Maka bagaimanakah seorang pemuda seperti Ali dapat dihasilkan dalam suasana ini?

Lihatlah gaya hidup kedua-dua individu ini yang sangat jelas dan nyata berbeza. Walaupun sama2 dari pendidikan agama yang sama di sekolah, namun ciri kedua-duanya sangat berbeza.

Walauapapun, ini hanya pandangan dari satu aspek sahaja. Hakikatnya, pembentukan individu itu bermula dari dirinya sendiri. Saya percaya akan firman Allah: ”Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”(ArRa’d)...

No comments: